Pengenalan Hadis
1. Hadis pada bahasa ialah perkhabaran atau berita.
2. Hadis menurut istilah ialah
setiap apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama ada ucapan,
perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
3. Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al Quran.
4. Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat al Quran seperti penjelasan tentang ibadat solat dan sebagainya.
5. Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu hadis Nabawi dan hadis Qudsi.
6. Hadis Nabawi ialah hadis yang
lafaz dan maknanya daripada Rasulullah SAW. Ia merangkumi
perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW.
7. Hadis Qudsi ialah hadis yang
lafaznya daripada nabi tetapi maknanya daripada Allah SWT. Ia
merupakan wahyu Allah SWT yang diucapkan kembali oleh Rasulullah
SAW.
8. Perbezaan antara al Quran dengan hadis:
(a) al Quran:
- lafaz dan makna daripada Allah SWT;
- wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui Malaikat Jibril;
- merupakan sumber hukum Islam yang pertama.
(b) Hadis:
- lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW;
- perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW;
- merupakan sumber hukum Islam yang kedua.
9. Perawi hadis bermaksud orang yang menerima dan menyampaikan hadis Rasulullah SAW.
10. Bagi menentukan kedudukan sesuatu
hadis itu benar atau pun palsu, kita hendaklah mengetahui tentang
syarat-syarat perawi hadis.
11. Antara syarat-syarat yang perlu ada kepada perawi hadis ialah:
(a) Islam;
(b) Baligh (cukup umur);
(c) adil;
(d) dhabit (kuat ingatan);
(e) berhati-hati meriwayatkan hadis.
No comments:
Post a Comment