Peranan Masjid
Untuk
melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita
haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan
masjid sebagai
Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah .Institusi Masjid haruslah mempunyai peranan utama ,
antara lain:
- PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan
dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang
dari masjid.
- MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru,
kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan
dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama,
maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai
orang Islam bertumpu ke tempat itu.
- PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana
masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja
membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan
ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi,
politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan
masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya
pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti
Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari
itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku
daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.
- PUSAT TAMADUN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka
roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan
dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah
mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan,
kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian
Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan
sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah
hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
- PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan
fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan
sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan
masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam
akal.
- RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian
Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan
ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga
dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
- PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat
suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi
Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat
berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat
untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat
kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan
konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
- PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran
.Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah
amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak,
tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada
mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
- PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana
anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh
dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
- PUSAT PENGISIAN JIWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam
ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani,
Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.
- PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.
- PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah
dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat
pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi
Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".
- PUSAT SANTAPAN ROHANI
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi
penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid
daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.
- PUSAT EKONOMI
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di
sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan
sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh
Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual
beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang
menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
- PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH
Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah
mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu
tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah
tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan
bertambah.Insya-Allah.
- MASJID SEBAGAI TAMAN
Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi
dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang
bersih sebelum atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan
di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak
di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka
kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai
pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.
No comments:
Post a Comment