Kita sering kali ditanya , Apakah cita-cita kita . bermacam-macam cita-cita yang berlainnan keluar setiap bulan . Itu dulu . Tapi adakah kita pernah dengar Apa Tujuan Hidup Kita ?
Tapi , kadang-kadang Team MIslamik terfikir. Adakah ni je kitaran hidup saya? Belajar, kerja, kahwin, dapat anak, jadi tua dan kemudian mati? Team MIslamik rasa bukan Team MIslamik sahaja yang fikir macam ni. Mesti ramai juga yang terfikir macam ni kan. Adakah sekadar ni sahaja tujuan hidup kita? Hidup terasa seperti robot. Melakukan rutin kerja yang sama hari ke hari. Dan kita perhatikan manusia di sekeliling kita. Mereka juga melakukan rutin harian yang sama. Keluar pagi-pagi untuk pergi belajar atau bekerja. Petangnya pulang ke rumah dan malamnya berehat. Esoknya rutin yang sama lagi tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka diciptakan. Adakah kita juga mahu menjadi seperti mereka atau adakah kita salah seorang daripada mereka?
Sebelum mengenali Islam yang Hakiki , Team MIslamik juga ingat hanya inilah kitaran hidup yang akan Team MIslamik jalani. Rupanya Hafiz salah. Salah besar. Sebabnya bukan ini sahaja tujuan kita diciptakan dan hidup kat dunia ni. Ada orang beritahu Team MIslamik " Awak, Allah jadikan kita ni bukan sekadar belajar, kerja, kahwin dan dapat anak je. Kita ni orang Islam. Ada sebabnya Allah jadikan kita. Dan kita ada tugas yang cukup besar yang perlu dilaksanakan."
Allah dah terangkan dalam al-Quran tentang tujuan hidup kita:
1. Untuk menyembah Allah.
" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
(Az-Zariyat, 51: 56)
(Az-Zariyat, 51: 56)
2. Sebagai khalifah.
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah, 2: 30)
(Al-Baqarah, 2: 30)
3. Berdakwah. Dalam bahasa yang lebih mudah amar ma'ruf , nahi mungkar (menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik".
(Ali-'Imran, 3: 110)
(Ali-'Imran, 3: 110)
No comments:
Post a Comment