Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana
sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.
Jika
hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang
bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di
atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan
hidup yang mewah.
Tetapi
pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia
akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik
dari orang lain.
Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya.
Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk
hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam
memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.
Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.
Allah S.W.T berfirman :
“Dan
sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar
gembira kepada orang-orang yang bersabar”. (Al- Baqarah : 155)
Hadapi
musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah
berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang
menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah
berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha
esa.
Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan
ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa
dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
Firman Allah S.W.T :
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu”. (Al- Mukmin : 60)
Jangan
terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji
hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan
bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat
menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri “masih ada hari esok untuk aku”.
Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.
Walau
apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa
bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan
dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah
diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman
untuk berkongsi masalah.
Ikhlaskan hati dan redha dalam
menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali,
mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.
Bersabar
dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru
membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang
terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca
buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan
membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.
Jangan
berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan
biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat
emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai
mengatur.
-Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment