Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan
akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah
atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian
bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat
Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang
dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan
sempurna dan penuh khusyuk.
Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan
umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang
penyakit memudaratkan. Hal ini penting kerana kekuatan tenaga dan
fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang
sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan ancaman serta provokasi
terhadap umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)Banyak
hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman
Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)Sunnah dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang1. MemanahRasulullah
SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal
ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya,
Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai
aktiviti riadah.
Bersabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kamu
harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik
permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan:
“Nabi
SAW melalui satu kawasan ketika sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah.
Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).”
Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya:
“Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak
memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku
bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)Kebaikan
Memanah termasuklah melatih emosi dan fizikal untuk menumpukan pada
sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka, jika
pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara
tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan
emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu
kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri
seseorang dari segi fizikal dan mental.
2. BerkudaSesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.
“Demi
Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang
disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain,
Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya.” (Riwayat
Ahmad)Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah
suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang
menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang
lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada penunggang,
kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti
itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan
kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda
Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga
haram.
Dan Rasulullah SAW bersabda, kamsudnya: “Kuda itu
ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda
Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka
makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa
kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi
atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang
diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha
untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan MuslimBerkuda
amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari
kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat
manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang - baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari,
menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama
lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang,
seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu
berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang
menunggang kuda.
Seluruh anggota - tulang rangka, otot-otot,
organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf,
sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran
kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi
semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami
sakit belakang atau tergelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar
tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat
ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
3. Berenang
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah
berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang
laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang
mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar
berenang.” (Riwayat Thabarani)Semasa berenang, mental,
fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu
gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota
tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
No comments:
Post a Comment